BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 28, 2010

... DeMi Mu...

Assalamualaikum semua....
Dingin pagi nie... sedingin hati yang merindui syurga-syurgaku... ya mereka masih ada... alhamdulillah Allah panjang kan jodohku dengan syurga-syurga ku... di saat orang lain ada yang telah kehilangan..aku masih ada mereka...SYURGA-SYURGAKU...syukur atas rahmat ALLAH ini...dan aku mengharapkan jodohku terus berpanjangan dengan mereka...biarlah aku...biarlah aku yang pergi dahulu.... kerana tidak sanggup untuk diri ini kehilangan mereka...SYURGA-SYURGAKU....di saat diri ini hampir berusia 22... aku masih belum mampu memberi mereka apa2...malah  masih mengharap wang ringgit mereka... terkadang timbul kekesalan dihati kerana masih menyusahkan mereka...tapi demi cita ini... aku berdoa agar Allah permudahkan segala...permudahkan segala urusanku agar aku cepat selesai menyempurnakan perjalanan ini dan memulakan perjalanan yg baru .... permudahkan segala urusan syurga-syurgaku agar mereka tidak merasa terbeban menanggungku...ALLAH tunjukkan didepan mataku...bagaimana mereka bersusah payah ikhtiar untuk mengumpul duit demi pelajaran dan masa depan kami adik beradik... Allah tunjukkan depan mataku bagaimana ibu ayah melawan kehendak mereka demi memenuhi kehendak kami adik beradik... ALLAH tunjukkan didepan mataku bagaimana tiada sedikit keluhan pun yang keluar dari mulut mereka di depan kami adik beradik... hati ini menangis... menangis kerana di umur sedewasa ini aku masih perlukan duit mereka...aku masih menagih jerih perit mereka...aku masih menuntut perhatian mereka...terkadang aku bertanya "ibu...cam ne nanti kalo kakak sambung master..ayah ada duit ke nak bayarkan yuran"...dengan tulus ibu menjawab.." tak yah la pikir... ayah tau nak cari duit kat mana"... sungguh...tatkala itu aku mengukir senyuman... dalam hati??? teramat pilu.... beruntungnya aku...punya ibu ayah yang tidak pernah tinggalkan aku sendirian... tatkala melihat ayah menghulurkan RM4K hanya untuk perbelanjaan yuranku... aku turut tersenyum... dalam hati??? meruntun kepiluan... ayah sendiri aku percaya tidak pernah merasa untuk berbelanja RM4K untuk dirinya... semuanya hanya untuk kami adik beradik....lalu memori ini menyingkap kelalaian diri sendiri.... SERIBU KEKESALAN !!! dulu sewaktu aku mula mendapat tawaran menyambung pengajian ke peringkat master...hati ini gembira teramat...hati mengucap syukur.... mulut mengucap terima kasih.... kepada siapa??? kepada "dia".... "dia" orang pertama yang aku ucapkan terima kasih... konon2 nya kerana telah banyak memberi aku sokongan dan dorongan... syurga2ku??? mereka yang ke 2 dan ke 3... YA ALLAH...hina nya hambaMu ini.... bodohnya aku...apalah yang dilakukan oleh "dia" jika dibandingkan dengan ibu bapa ku.... apalah yang dikorbankan oleh "dia" jika nak dibandingkan dengan syurga-syurgaku...di saat aku memulakan pengajian baru ini... di mana "dia" ??? "dia" tiada... "dia" tiada di sampingku... yang ada cuma mereka "SYURGA-SYURGAKU".... mereka yang setia bersamaku.....andai waktu boleh kuputarkan pada ketika itu...SUMPAH tiada siapa yang akan berada dihadapan syurga-syurgaku.... penyesalan ini takkan ada penghujungnya.... penyesalan ini tidak bertepi...ingin sekali aku melutut memohon ampun ... ingin sekali aku menangis di depan mereka mengakui satu ketika dulu aku pernah meletakkan mereka di tempat ke-2 dan ke-3 selepas "dia"... tapi aku malu... malu untuk mengakui kebodohan sendiri.... ampunkan kakak ibu ayah.... anakmu ini anak yang tidak sedar diri...tidak sedar untung.... aku tidak malu mengakui nya... ketawakanlah aku... ketawakanlah kebodohan ku....agar aku sentiasa sedar diri ...agar aku sentiasa berpijak di bumi nyata....ternyata "cinta" dunia yang Allah beriakn adalah untuk menguji... dan aku telah gagal dalam ujian sekecil itu..... di saat ini...tiada apa yang mampu aku lakukan ... sebagai bukti kekesalan...sebagai tanda kesedaran...yang aku mampu cuma memohon Allah memberi aku peluang bernafas sedikit waktu lagi.... andai tidak lama...cukuplah sekadar sehingga aku sempat membuat mereka merasa sedikit bahagia... andai sebentar cuma... cukuplah sekadar sehingga mereka dengan bangga mengakui..."inilah benih cinta kami yang sudah berjaya"... AKU MOHON YA ALLAH...BERIKAN AKU SEDIKIT LAGI WAKTU...AKU TERAMAT INGIN MEMBUATKAN SYURGA-SYURGAKU BAHAGIA... WALAU TIDAK LAMA....

Monday, July 26, 2010

...SaTu PeRMuLaaN...

Assalamualaikum....
Lama blog nie terbiar sepi... kenapa??? saya sendiri tak pasti apa yang perlu dicoretkan di sini... kehidupan saya masih terlalu baru untuk berkongsi cerita yang pelbagai... kehidupan yang masih biasa...yang masih terikat dengan status seorang pelajar... maka jadinya kehidupan ini berputar di agenda yang sama... bangun.. mandi.. bersiap ke kelas.. berehat dan berpusing tetap di situ ...masih panjang...perjalanan tanpa henti ini masih panjang...agenda2 ini masih akan terus menjadi sesuatu yang pemalar... namun ade sesuatu seperti menggerakkan hati ini untuk menulis ..bukan menulis cerita tentang kehidupan saya...tetapi menulis tentang dua insan yg tercinta... acap kali menjengah blog orang lain yg bercerita tentang kehidupan mereka... kehidupan di samping suami...kehidupan disekeliling anak2...kehidupan bergelut dengan kerjaya... tapi saya masih tidak punya itu semua... saya masih tidak punya suami...tambahan lagi anak2...saya masih belum melangkah ke alam kerjaya...namun saya ade sesuatu yang teramat istemewa...saya ader dua insan yg saya ingin gelarkan syurga2 saya...saya ingin...ingin untuk menulis segala2 tentang mereka...banyak yg tersimpan dilubuk hati ini.... kekaguman...kekesalan...kasih sayang...kecintaan yang belum terluah...yang belum mampu untuk anak ini menceritakan kepada syurga2nya...saya akan cuba yg terbaik...satu hari nanti mungkin ini mampu untuk menjadi bukti bahawa mereka tidak pernah dan sama sekali tidak akan pernah hilang dari hati saya...

SYURGA_SYURGAKU